Tuesday, October 20, 2015

DERITA MEDIA SOSIAL

TERPANGGIL UNTUK MENULIS
__________________________________________________________________________________________
Saban hari setiap kali tangan membuka aplikasi Facebook di telefon, panah mata terarah untuk membaca setiap 'newsfeed' yang terpampang. Pelbagai reaksi, keluhan, persepsi, kemarahan, rayuan dan juga kegembiraan dikongsi oleh rakan-rakan dunia mayaku. Kekadang aku tersenyum melihat kebahagian dan kegembiraan rakan-rakan, malah tertawa di hadapan skrin seorang diri melihat moment- moment indah dan lucu rakan-rakan.  Ye, aku menumpang bahagia, aku juga menumpang gembira.

Bak kata orang putih, 'they makes my day'..

Berita-berita dan status tekini rakan-rakan juga aku dapat dari FB, rakan sekolah rendah sudah berkahwin, rakan sekuliah sudah mendapat cahaya mata, ternyata semua perkembangan aku dapat dari membaca di ruangan newsfeed. Bukan sahaja berita gembira namun berita kematian dan musibah yang berlaku, beritanya sampai ke pengetahuan aku.

Tak usah dicerita segala fitnah politik dan 'sarcasm' kepada pemrintahan yang korup, kerana aku cuba megelakkan perkara-perkara negatif masuk ke benak pemikiran aku.

Terkadang aku juga sedih dan pedih melihat setiap kesedihan dan kesusahan rakan-rakan yang ditimpa pelbagai dugaan hidup.. Menonton video-video yang dikongsi rakan-rakan, tentang kehidupan mereka yang kurang bernasib baik membuatkan aku sedar betapa aku perlu bersyukur dengan segala nikmat yang aku ada.


Namun, apa yang menjadi inti dalam penulisanku ini adalah betapa sekarang setiap kali aku membuka newsfeed di FB, PENUH dengan perkongsian masalah penduduk marhein. Rakyat jelata seolah- olah sedang tenat dengan kesempitan dan tekanan hidup yang menjalar di setiap keluarga di negara kita pada hari ini. Bisa di label sebagai sudah 'parah'!!

Saban hari aku melihat ibu bapa memohon bantuan untuk kos pembiayaan perubatan anak-anak yang makin meningkat, keluarga yang amat susah (golongan asnaf), anak-anak tidak bersekolah, anak-anak bawah umur bekerja untuk survival kehidupan.. Pedih dan sayunya pabila aku membaca perkongsian ibu bapa yang dibuang oleh sang anak, bayi yang ditinggalkan sang ibu di tepi tong sampah, golongan miskin tegar dan golongan miskin bandar.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai kes jenayah seperti rompakan, ragut dan peras ugut banyak diberitakan.. Kenapa dan mengapa ia terjadi???

Penyebab utama adalah kesempitan hidup dan kos sara hidup yang tinggi. Bagi mereka yang tiada pilihan, tiada pekerjaan, pemikiran singkat dan pelbagai faktor negatif yang mendorong mereka ke lubang kesesatan, JALAN SINGKAT!!!

Semua adalah kerana desakan hidup, LIFE SURVIVAL!!!!!

Maka, jawablah mereka-mereka yang diberi amanah untuk menjaga kebajikan rakyat di alam yang seterusnya.


Malap sang derita hidup,
20102015



No comments:

Post a Comment