Friday, June 12, 2015

M.U.R.U.N.G

Assalamualaikum wbt.


.
Salam Jumaat
Hari Jumaat yang berkah
Saat hujan renyai mencurah
Hati berdetak resah

Kenapa?

Mungkin makin jauhnya hati
Mungkin makin jauhnya diri

Dari pegangan Tuhan

Kala hujan, rintik rintik itu buat aku rindu
Saat masa kecilku, hidup tanpa perlu fikirkan rintangan hidup

Rindu suasana pondok usang tempat berteduh 
Kala titik hujan jatuh
Penuh damai suasana kampung
Tenang

Disini, aku mencari damai..
Dikota yang sesak.




ikalmaayang.blogspot.com
Fokus mata setiap petang tika pulang dari tempat mencari rezeki





Penuh lingkaran hikayat hidup manusia
Penuh sketsa dan drama!!
.


Alhamdulillah, bersyukur dengan apa adanya
Nikmat bahagia yang tak mampu dibeli

Bahagia itu kita yang pilih
Mau bahagia atau derita
Sering diuji juga bahagia nikmatnya
Ayuh,cuba luaskan maksud dan definisi bahagia
Tak bermakna kau punya wang berjuta kau bahagia
Bahagia itu kita sendiri yang ungkapkan- kita definikan sendiri makna bahagia dalam hidup kita

Kau rasa kau payah,
Kau rasa kau goyah,
Kau rasa nak rebah..

Cuba perhati keliling kau,
Ramai yang rebah, dek kerana nipisnya sabar 
Dek kerana tidak kuat untuk tahan getar..
Apa kesudahan mereka??

Percayalah, jatuh itu perlu untuk kau terus bangkit 
Untuk kau jadi  utuh dan teguh
Tak salah untuk jatuh, 
jika kau mampu untuk bangkit jadi JAGUH


ikalmaayang

Jalan Ampang Hilir
12|06|2015



No comments:

Post a Comment