Tuesday, October 20, 2015

DERITA MEDIA SOSIAL

TERPANGGIL UNTUK MENULIS
__________________________________________________________________________________________
Saban hari setiap kali tangan membuka aplikasi Facebook di telefon, panah mata terarah untuk membaca setiap 'newsfeed' yang terpampang. Pelbagai reaksi, keluhan, persepsi, kemarahan, rayuan dan juga kegembiraan dikongsi oleh rakan-rakan dunia mayaku. Kekadang aku tersenyum melihat kebahagian dan kegembiraan rakan-rakan, malah tertawa di hadapan skrin seorang diri melihat moment- moment indah dan lucu rakan-rakan.  Ye, aku menumpang bahagia, aku juga menumpang gembira.

Bak kata orang putih, 'they makes my day'..

Berita-berita dan status tekini rakan-rakan juga aku dapat dari FB, rakan sekolah rendah sudah berkahwin, rakan sekuliah sudah mendapat cahaya mata, ternyata semua perkembangan aku dapat dari membaca di ruangan newsfeed. Bukan sahaja berita gembira namun berita kematian dan musibah yang berlaku, beritanya sampai ke pengetahuan aku.

Tak usah dicerita segala fitnah politik dan 'sarcasm' kepada pemrintahan yang korup, kerana aku cuba megelakkan perkara-perkara negatif masuk ke benak pemikiran aku.

Terkadang aku juga sedih dan pedih melihat setiap kesedihan dan kesusahan rakan-rakan yang ditimpa pelbagai dugaan hidup.. Menonton video-video yang dikongsi rakan-rakan, tentang kehidupan mereka yang kurang bernasib baik membuatkan aku sedar betapa aku perlu bersyukur dengan segala nikmat yang aku ada.


Namun, apa yang menjadi inti dalam penulisanku ini adalah betapa sekarang setiap kali aku membuka newsfeed di FB, PENUH dengan perkongsian masalah penduduk marhein. Rakyat jelata seolah- olah sedang tenat dengan kesempitan dan tekanan hidup yang menjalar di setiap keluarga di negara kita pada hari ini. Bisa di label sebagai sudah 'parah'!!

Saban hari aku melihat ibu bapa memohon bantuan untuk kos pembiayaan perubatan anak-anak yang makin meningkat, keluarga yang amat susah (golongan asnaf), anak-anak tidak bersekolah, anak-anak bawah umur bekerja untuk survival kehidupan.. Pedih dan sayunya pabila aku membaca perkongsian ibu bapa yang dibuang oleh sang anak, bayi yang ditinggalkan sang ibu di tepi tong sampah, golongan miskin tegar dan golongan miskin bandar.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai kes jenayah seperti rompakan, ragut dan peras ugut banyak diberitakan.. Kenapa dan mengapa ia terjadi???

Penyebab utama adalah kesempitan hidup dan kos sara hidup yang tinggi. Bagi mereka yang tiada pilihan, tiada pekerjaan, pemikiran singkat dan pelbagai faktor negatif yang mendorong mereka ke lubang kesesatan, JALAN SINGKAT!!!

Semua adalah kerana desakan hidup, LIFE SURVIVAL!!!!!

Maka, jawablah mereka-mereka yang diberi amanah untuk menjaga kebajikan rakyat di alam yang seterusnya.


Malap sang derita hidup,
20102015



Friday, June 12, 2015

M.U.R.U.N.G

Assalamualaikum wbt.


.
Salam Jumaat
Hari Jumaat yang berkah
Saat hujan renyai mencurah
Hati berdetak resah

Kenapa?

Mungkin makin jauhnya hati
Mungkin makin jauhnya diri

Dari pegangan Tuhan

Kala hujan, rintik rintik itu buat aku rindu
Saat masa kecilku, hidup tanpa perlu fikirkan rintangan hidup

Rindu suasana pondok usang tempat berteduh 
Kala titik hujan jatuh
Penuh damai suasana kampung
Tenang

Disini, aku mencari damai..
Dikota yang sesak.




ikalmaayang.blogspot.com
Fokus mata setiap petang tika pulang dari tempat mencari rezeki





Penuh lingkaran hikayat hidup manusia
Penuh sketsa dan drama!!
.


Alhamdulillah, bersyukur dengan apa adanya
Nikmat bahagia yang tak mampu dibeli

Bahagia itu kita yang pilih
Mau bahagia atau derita
Sering diuji juga bahagia nikmatnya
Ayuh,cuba luaskan maksud dan definisi bahagia
Tak bermakna kau punya wang berjuta kau bahagia
Bahagia itu kita sendiri yang ungkapkan- kita definikan sendiri makna bahagia dalam hidup kita

Kau rasa kau payah,
Kau rasa kau goyah,
Kau rasa nak rebah..

Cuba perhati keliling kau,
Ramai yang rebah, dek kerana nipisnya sabar 
Dek kerana tidak kuat untuk tahan getar..
Apa kesudahan mereka??

Percayalah, jatuh itu perlu untuk kau terus bangkit 
Untuk kau jadi  utuh dan teguh
Tak salah untuk jatuh, 
jika kau mampu untuk bangkit jadi JAGUH


ikalmaayang

Jalan Ampang Hilir
12|06|2015



Thursday, May 21, 2015

Rasa- rasa

.




Percaya tak,

Hidup ni adalah kitaran..

ye betul, 

kadang kita di atas,
kadang pula di bawah..

Betul ke? 

kau rasa??

Aku pun tidak pasti, 

Kerana sering, yang  dibawah akan terus dibawah,

Yang bertuah sering diatas..

Apakah itu tuah?

Kau percaya pada tuah?

Kau rasa?

Aku rasa ada tuahnya.

Kau pasti?

Kita tidak boleh percaya selagi tidak ada bukti kan?

Kau rasa?

Aku rasa, 'rasa' saja tidak cukup untuk 'pastikan' hak dan aturan kehidupan..

Jadi, apalah yang sebenarnya?

Kau punya TUHAN, kau usahalah, kau ikhtiarlah, supaya berterusan, agar yang di'atas' bisa aturkan semuanya..


Tidak ada yang 'pasti' didunia ini, yang ada hanya 'rasa', 

RASA yang bisa buat kau BINASA




Kota Pontianak,
Kalbar, Indonesia






Monday, March 9, 2015

NUFFNANG MUST HATE ME SOOO MUCH

Assalamualaikum..


Huh! 
First thing is always hard right??

Selepas beberapa lama aku tak tengok bendalah ni, tetiba je Nuffnang Ads kat atas tu tak appear dengan betulnya. Tak tahu la, maybe da mogok kot sebab da lama takde orang jenguk blog ni, even tuan tanah pun da lupa ada blog sendiri.

So, aku try retrieve balik code dan semua details yang dulu-dulu aku letak. Still tak jadi jugak. Aku agak sebab aku dah privatekan blog ni da lebih 6 bulan kot. Takpela kan, nak buat macam mana, orang dah halau kita.. Hahaha. Btw, okay la takpe. Aku redha, lagipun sen-sen aku x banyak punnn mcam blogger lain. Akak x famous dikk..

.
Okay la tu, dalam aku redha dah x der nuffnang ads kat blog, otak ni masih lagi aktif mencari sebab musabab dia x nak appear leklok kat page aku ni.  (Sel-sel otak masih berhubung gituuu :0 )


Okay la dulu, 
Post 'comeback' ni kira okay la. 3 perenggan. 

Esok nak outstation dah, x sampai sebulan ak kawen da kena tinggal pondok berteduh yang masih tunggang langgang dan yang penting macamna aku nak convince orang yang berkongsi hidup dengan aku beberapa minggu ni untuk bertahan duduk seorang diri di pondok itu selama 10 HARI ketiadaan aku yang cinonet ni..x boleh nak describe perasaan akak ni. Nak sedih ke, nak stress ke, nak nangis ke, nak ape...

Nangis dalam hati


*esok aku rasa aku tulis lagi sebab bosan kan travel sorang-sorang. Maybe share gambo kawen ke..**

...to be continuee gituuu....



68per365.



Tuesday, January 20, 2015

2015

Habuk...


Ya.
Paling teruk catatan tulisan pada tahun lepas.. 

SATU.
Hanya satu aku karang.

Tahun ni 
Macam biasa 
Azam aku nak hidupkan balik
Pupuk balik minat menulis
Asah otak berkarat biar seni 'bobokan' aku masih hidup.
Untung kalau darah seni masih ada mengalir di salur darah aku

Jangan hanya tulis report dan semak report saintifik saja
Tahun lepas lebih separuh pembacaan akuadalah saintifik papers dan laporan yang sentiasa mengejar dateline.

Pohonnya..
Tahun ini jadi lebih baik.
Hari- hari adalah hari terbaik
Tiada satu pun disesalkan

Harapan itu perlu ada
Aku pasti ramai yang menulis impian dan azam masain-masing
Walau tidak di nota
Masih ada pasang azam dalam hati

Moga hidup aku, kau dan kau kau semua bahagia.
Tahu hala tuju hidup kita

Apepun Selamat Tahun Baru 2015
Walaupun sudah 20 hari kita berada di bulan pertama tahun 2015.

Moga aku mampu untuk lebih kerap menulis tahun ini. 

Jaga diri, jaga hati,

xoxo,

Nuna
20 per 365.