Wednesday, October 17, 2012

Pengajaran dulu..

Assalamualaikum..

Setiap hari ada jer aku tak puas hati dengan perkara yang terjadi dalam hidup aku,,,orang sekeliling...dan aku dah lama tanam sikap x nak merungut...sebab da tampal kat dinding besar gedabak punya note: 

"STOP COMPLAINING!!!"


haa..thats why la  hari-hari walau tak puas hati dengan apa-apa yang terjadi, aku diam jer.
sebab aku tahu kenapa ALLAH tentukan hidup kita macam tu..
DIA maha mengetahui...

dan bila ada kegusaran dalam hati aku ni, aku cerita dekat DIA jer...mintak DIA kuatkan hati aku untuk menghadapi apa jua dugaan dan kepayahan dalam hidup aku...mintak DIA hapuskan kegusaran dalam hati aku ni.. dan andai aku terpaksa memilih, minta DIA  tunjukkan aku pilihan yang tepat...because He knows everything!!

sekarang, aku melalui fasa kepayahan dalam menjalani kehidupan seorang pelajar dan hamba yang mempunyai keinginan...dengan kekeliruan dan kesukaran membuat pilihan...aku diduga lagi dengan masalah kesihatan yang tidak berapa baik....ummm...itulah kesan sebab aku tak ambil pengajaran dari pengalaman hidup yang lepas....

apa yang aku nak cerita kat sini satu jer...kalau kita dapat sesuatu tugasan atau hal yang perlu diselesaikan, jangan bertangguh...segerakan segala kerja yang ada..kerana kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada hari esok...kita tak tahu samada esok kita masih lagi dapat melihat dunia...kita tak tahu samada esok kita masih lagi mampu berlari, esok adakah kita masih boleh ketawa....
so, kalau ada hutang, bayarlah segera...sebelum tidur, halalkan semua hutang yang kita pinjamkan..
kalau ada assignment atau tutorial, siapkan semampu dan secepat yang boleh, kerana kita tak tahu esok kita sihat atau tidak..kita kuat atau tidak...
kalau hari ni tak kol mak ayah mintak maaf, kol la sebab kita tak tahu esok kita masih boleh dengar suara mereka atau tak...

dalam hidup ni, segalanya berkemungkinan...
dan ALLAH menduga seseorang hambanya kerana ALLAH tahu kemampuan  hambanya untuk menghadapi setiap ujian yg diberi...ALLAH menguji hidup kita agar kita lebih mantap dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba di dunia dan kehidupan selepas mati kelak...

ayuh kawan....bersegeralah kita...
my mom selalu marah dan membebel kalau ada antara kami adik beradik bertangguh kerja, especially solat...dia selalu cakap, "andai kita mati sebelum solat, apa jawapan kita andai disoal kelak..'
adakah jawapan kita nanti:
 lambat solat sebab tengah berfacebooking, tengah tengok tv, tengah makan or blablabla...(duniawi semata mata)..


apa yang penting...
buat terapi jiwa hari-hari.. :)
duduk atas katil....pejam mata, fikir balik apa yg kita dah buat hari ni..
brape point tuk perkara yg baik, brape point untuk perkara yg sia-sia dan x berapa baik..
then, tengok samada balance k tak, terlebih belah mana mana k...

then mesti tanam azam untuk improve, kurangkan dan balance yg mana2 agar perkara baik yg kita buat tu lebih banyak point dari negative..begitula untuk hari hari yg setrusnya....

dulu cikgu bio aku selalu pesan, kita hidup atas dunia ni kalau x menyumbangkan apa-apa kebaikan untuk orang lain, sekurang kurangnya cuba untuk TIDAK menyusahkan hidup orang lain....sekurang kurangnya walau tak buat kebaikan jgn susahkan hidup orang lain dengan kerenah hidup kita...
but try la contribute something good for people, tak pun makhluk lain...
buat baik tak semestinya kena belanja kwan hari2..

tak buang sampah merata pun baik jugak.. :)

  so, jaga hati, jaga diri..
  jangan susahkan orang sekeliling dengan sikap kita..
  kalau tension, duduk atas katil, observe n nilai perjalanan hidup kita...
  apa yang kita SELALU dan SENGAJA 'DELAY' dalam hidup kita...

 wassalam...

No comments:

Post a Comment