Wednesday, August 15, 2012

#Untitled 2#

yang pertama tamanya untuk diri aku
dan anda semua..


Assalamualaikum..
Aku rasa malam ni
 tak boleh lelapkan mata yang penat
Jiwa resah
Gusar
Adakah aku masih ada peluang 
untuk merasa detik-detik terakhir Ramadan tahun ini
menyambut hari kemenangan bersama keluarga tersayang
adakan esok aku masih bernafas
merasa damainya bumi tuhan
Masihkah ada Ramadan buatku 
atau ini Ramadan terakhirku
sungguh aku kecewa



doaku pada tuhan
panjangkan usiaku
semoga aku bertemu Ramadan lagi
sungguh aku seorang yang alpa
tidak bersungguh dalam mencari redhaNYA
Walau aku telah mencuba, namun aku tetap terleka
hampir tiga puluh hari bulan penuh barakah ini berlalu
aku tahu aku tidak bersungguh
namun masa tidak dapat diputar lagi
hanya boleh dikenang jadikan pengajaran
aku manusia leka
hamba yang lemah

YA ALLAH
kuatkan aku untuk meniti hari-hari terakhir di bulan mulia ini
runtunkan jiwaku agar dekat padaMU
Berilah hidayah dan petunjukMU

 Lantas aku buka kata-kata nasihat

 Don’t let this Ramadan be just a holiday of rituals. 
Don’t finish reading the Quran without it transforming you.
 Don’t feed your body at suhoor, but starve your heart of Qiyam. 
Don’t reduce this downpour of mercy to just a month of sweets and lavish iftars. 
Seek Him, you will find. 
Take a sincere step towards change, transformation, redemption. 
If you do, you will find Him in front of you. 
Find Him this month. 
He’s been there all along.
 Closer than your jugular vein

 Look and you’ll find. Walk and you’ll arrive.

ye..aku masih ada masa
ayuh sahabat
kita masih ada masa
masih diberi peluang untuk mencari tuhan
ayuh berjalan tanpa henti
kerana masa yang ada hanya sedetik
bersama berpimpin tangan
aku, dia dan kamu
bersama mencari TUHAN

syukur kita tersedar walau terlewat
  Terima Kasih ALLAH



No comments:

Post a Comment