Tuesday, December 11, 2012

Untitled #3


He was unexpected
I truly did not expect him
Or his effect on me
My heart
My mind
My feelings
He was the calming sound
Of the light, pitter-patter of drizzle
On the September Saturday morning
In my brutal, destructive hurricane..

may ALLAH bless us...

Tuesday, October 23, 2012

Appreciating Part #2

Assalamualaikum...

Lebih baik ada musuh yang mengaku bahawa dia membenci kita, 
Daripada ada kawan yg cuma berbaik-baik di dpan kita tetapi 
sebaliknya di belakang kita.

# Respect yourself enough to walk away from ANYTHING that no longer serves you, 
grows you, or makes you HAPPY#


Monday, October 22, 2012

Old notes!!!

Assalamualaikum...

ni lebih kurang nak flashback zaman muda muda dulu la...
tadi masa kemas barang kat dalam laci terjumpa buku note masa kat matrik dulu..
sebab kehidupan kat matrik sangat kejam (bagi aku la..), santapan jiwa dan pengangan diri perlu kuat dan utuh untuk meneruskan hidup yg pack giler bagai tu pun..

so, aku selalu pergi usrah dan dengar kuliah maghrib (ikut roomate aku : si anati budak sekolah sultanah asma yg cakap bnyak giler.. =p), 
tujuan: untuk kuatkan semangat dan sebagai santapan rohani dikala jiwa dan perasaan bergelora...giler tak stress masa kat matrik...
dan tahniah di ucapkan pada mereka yg tak pernah rasa stress masa belajar dekat matrikulasi dulu..
stress aku pun every week mesti pergi outing.. :)

okey..sambung balik pasal nota-nota santapan jiwa zaman dulu-dulu..
belek punya belek... jumpa yg ini..
from my beloved roommate...


Temanku, 
ALLAH menciptakan manusia sama..
dengan sebaik-baik kejadian..
cuma amaln manusia itu berbeza-beza
ada yang lalai dengan angan-angan
ada yang tekun berusaha
tentu nasib mereka berlainan..
kerana ALLAH Maha Adil sifatNYA.
Kelalaian dibalas kegagalan..
kerajinan di balas kejayaan dan pahala..
Kau diberi peluang membuat pilihan..
kau juga yang tanggung natijahnya..
sesungguhnya KAMI menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.....

(Surah At-Tin; 4)

bila da baca semua penguats semangat kat dalam buku tu, aku rasa macam rindu giler kehidupan kat matrik...apa yang perlu fikir dan tetiba nak rasa stress adalah belajar jer...
rindu kawan-kawan yang sama-sama berjimba dalam bilik kala stress dengan maths..
stress giler nak siapkan tutorial maths tu..bnyak kot...
stress bila nak quiz kimia...nak ingat law n formula...
rindu dunia struggle dulu..

berbanding sekarang, 
kehidupan unuversiti, sangat relaks...kecualilah sekarang..
final year!!
sibuk dengan final year project...rushing nak hantar draft, quiz lagi, mid term lagi...
arghhhh...(tetiba kan..)

bila final year ni, rasa macam kat matrik pulak busynya...
yang beza, pergi kelas x pakai baju kurung, berkasut dan berstokin bagai..
sekarang...
pakai jeans,t shirt, seliper up sket dari sliper jamban..(kalo ada presentation lain kira sebab pakai mesti pakai baju raya..)

pepun...setiap benda yang berlaku dalam hidup kita, amatlah indah untuk dikenang...
we create our own life k.. :)

## paling best masa matrik, mesti makan banyak kalau stess :)
tapi tak pun gemuk...
sekarang kalau makan banyak sebab stress belajar pun x kurus... :('




 ~dulusayaadaspekskema~
 #zati/zetty/ienna/tihah/kinah#


untungla... =.='

Wednesday, October 17, 2012

Pengajaran dulu..

Assalamualaikum..

Setiap hari ada jer aku tak puas hati dengan perkara yang terjadi dalam hidup aku,,,orang sekeliling...dan aku dah lama tanam sikap x nak merungut...sebab da tampal kat dinding besar gedabak punya note: 

"STOP COMPLAINING!!!"


haa..thats why la  hari-hari walau tak puas hati dengan apa-apa yang terjadi, aku diam jer.
sebab aku tahu kenapa ALLAH tentukan hidup kita macam tu..
DIA maha mengetahui...

dan bila ada kegusaran dalam hati aku ni, aku cerita dekat DIA jer...mintak DIA kuatkan hati aku untuk menghadapi apa jua dugaan dan kepayahan dalam hidup aku...mintak DIA hapuskan kegusaran dalam hati aku ni.. dan andai aku terpaksa memilih, minta DIA  tunjukkan aku pilihan yang tepat...because He knows everything!!

sekarang, aku melalui fasa kepayahan dalam menjalani kehidupan seorang pelajar dan hamba yang mempunyai keinginan...dengan kekeliruan dan kesukaran membuat pilihan...aku diduga lagi dengan masalah kesihatan yang tidak berapa baik....ummm...itulah kesan sebab aku tak ambil pengajaran dari pengalaman hidup yang lepas....

apa yang aku nak cerita kat sini satu jer...kalau kita dapat sesuatu tugasan atau hal yang perlu diselesaikan, jangan bertangguh...segerakan segala kerja yang ada..kerana kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada hari esok...kita tak tahu samada esok kita masih lagi dapat melihat dunia...kita tak tahu samada esok kita masih lagi mampu berlari, esok adakah kita masih boleh ketawa....
so, kalau ada hutang, bayarlah segera...sebelum tidur, halalkan semua hutang yang kita pinjamkan..
kalau ada assignment atau tutorial, siapkan semampu dan secepat yang boleh, kerana kita tak tahu esok kita sihat atau tidak..kita kuat atau tidak...
kalau hari ni tak kol mak ayah mintak maaf, kol la sebab kita tak tahu esok kita masih boleh dengar suara mereka atau tak...

dalam hidup ni, segalanya berkemungkinan...
dan ALLAH menduga seseorang hambanya kerana ALLAH tahu kemampuan  hambanya untuk menghadapi setiap ujian yg diberi...ALLAH menguji hidup kita agar kita lebih mantap dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba di dunia dan kehidupan selepas mati kelak...

ayuh kawan....bersegeralah kita...
my mom selalu marah dan membebel kalau ada antara kami adik beradik bertangguh kerja, especially solat...dia selalu cakap, "andai kita mati sebelum solat, apa jawapan kita andai disoal kelak..'
adakah jawapan kita nanti:
 lambat solat sebab tengah berfacebooking, tengah tengok tv, tengah makan or blablabla...(duniawi semata mata)..


apa yang penting...
buat terapi jiwa hari-hari.. :)
duduk atas katil....pejam mata, fikir balik apa yg kita dah buat hari ni..
brape point tuk perkara yg baik, brape point untuk perkara yg sia-sia dan x berapa baik..
then, tengok samada balance k tak, terlebih belah mana mana k...

then mesti tanam azam untuk improve, kurangkan dan balance yg mana2 agar perkara baik yg kita buat tu lebih banyak point dari negative..begitula untuk hari hari yg setrusnya....

dulu cikgu bio aku selalu pesan, kita hidup atas dunia ni kalau x menyumbangkan apa-apa kebaikan untuk orang lain, sekurang kurangnya cuba untuk TIDAK menyusahkan hidup orang lain....sekurang kurangnya walau tak buat kebaikan jgn susahkan hidup orang lain dengan kerenah hidup kita...
but try la contribute something good for people, tak pun makhluk lain...
buat baik tak semestinya kena belanja kwan hari2..

tak buang sampah merata pun baik jugak.. :)

  so, jaga hati, jaga diri..
  jangan susahkan orang sekeliling dengan sikap kita..
  kalau tension, duduk atas katil, observe n nilai perjalanan hidup kita...
  apa yang kita SELALU dan SENGAJA 'DELAY' dalam hidup kita...

 wassalam...

Monday, October 8, 2012

Stay lowered. Until He raises you.


Nameless

There’s salvation in admitting defeat.
The peace of prostration.
Just stay still in that position,
With your head lowered.
Freeze.
Wait.
Stay humbled.
Wait.
Stay lowered.
Until He raises you.
They’ve searched the world
for what can be found in the quietest corners of a room.
They search a million words for what can only be found in silence.
They create a million names for the nameless.
For what can only be found in wordless thought.
Nameless states.
Stop letting it own you.
Let it go.
Let it go for Him and He will honor you.
He will raise you.
I looked on every street corner,
Inside every store window,
In and through both heartache and beauty,
Inside the story within the story,
Behind the sheet music.
Names.
We’re always looking for names.
We try to name all of it.
We think that if only we could name each chain,
they would all break.
Maybe I need to live between.
Between the words, the heart,
the space between earth and sky.
Maybe I could live there.
In the space between knowledge and understanding.
Between love and letting go.
In the place where it stops hurting to be so far away.
The place where you’re already there.
In the nameless.
He said, “She feels like a habit I’ll never break.”
Break.
Break, so you can break.
The strong fall so they can stand.
Fall.
There’s salvation in admitting defeat.
Adam (AS) admit defeat.
Yunus (AS) admit defeat.
Nuh (AS) admit defeat.
Ayoub (AS) admit defeat.
Muhammad (SAW) admit defeat.
How can you claim to be strong?
#source:Yasmin Mogahed

JUST Others...

Assalamualaikum...

"Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan 
atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), 
maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa."

Ameen..

 (QS. An-Nisa: 149)

Bukan sebab 'KENA' tapi sebab "PERLU' buat...


ASSALAMUALAIKUM....
Ada orang merasa malas dan letih untuk mengamalkan Islam.
Dia rasa penat. 
Katanya: “Islam ni susah. Itu kena buat, ini kena buat. Leceh”
Mungkin bukan seorang yang rasa begitu. Dan sememangnya, sebagai manusia yang penat dengan sesuatu yang berulang-ulang atau sesuatu yang berat perlu dilaksanakan, akan timbul dalam hatinya perasaan bosan. Akhirnya akan muncul pertanyaan: “Kenapa lah aku kena buat begini, begitu?”
Saya pun banyak berfikir berkenaan hal ini. Sebab pernah satu ketika, saya rasa lemah sampai saya berkata kepada diri saya:
“Kenapa lah aku kena solat 5 hari sekali? Sekali tak boleh?”
Dan apabila soalan itu muncul, saya tahu keimanan saya terganggu. Maka saya mencari jawapan. Bila saya mencari-cari, ah… saya jumpa.
Sebenarnya, Allah suruh buat itu dan ini dalam kehidupan kita, adalah kerana kita memerlukannya.
Allah Yang Menciptakan Kita
Satu perkara yang sering kita terlupa, tetapi kita tahu akan halnya adalah: Allah itulah Pencipta kita.
Di sini, kita dapat melihat Kenapa Allah SWT itu Maha Mengetahui. Dia juga adalah Yang Maha Bijaksana. Keagungan Allah SWT tidak akan sampai akal kita memikirkannya, dan Dia langsung tidak akan sama dengan ciptaan-ciptaan-Nya.
Pencipta, lepas itu tahu apa yang diperlukan oleh yang diciptakan-Nya.
Nampak tak di sini apa point yang hendak saya katakan?
Maksudnya, apa-apa yang Allah arahkan untuk kita, suruh kita buat itu dan ini, adalah untuk kita ini, manusia ciptaan-Nya bergerak dalam keadaan terbaik sekali. Agar hidup kita tidak berdepan dengan situasi masalah. Jadi, pendek ceritanya, Allah suruh kita buat itu dan ini adalah kerana kita perlukan benda itu.
Macam kita nak main game. Pencipta Game kata: “Game aku ni, nak main kena pakai graphic Card NVIDIA GeForce 9900 GT. Kalau tak, main dia tak bagus lah. Tersekat-sekat”
Maka, untuk main game dengan kepuasan tertinggi, kita pun beli lah Graphic Card tu, dan letakkan di dalam komputer kita.
Macam itulah analoginya kita dengan Allah SWT. Kita hendak kehidupan yang baik, maka Allah sebagai pencipta kehidupan kita kata: “Deen di sisi Aku hanyalah Islam”. Maksudnya, hendakkan kehidupan yang terbaik, manusia kena ambil Islam. Maka, kita kena lah ambil Islam. Kita ambil Islam, bukan sebab kena, tetapi sebab kita perlukan Islam untuk kehidupan yang terbaik.
Allah Maha Mengetahui.
Bagi yang menyedari
Bagi mereka yang menyedari hal keperluan ini, maka mereka akan berusaha memaksa diri mereka untuk melaksanakan apa sahaja yang Allah SWT arahkan. Hal ini kerana, mereka mengetahui bahawa, apa sahaja arahan Allah SWT adalah kerana manusia memerlukan.
Allah suruh kita solat, adalah kerana manusia memerlukan checkpoint dalam hidup dia. Jiwa manusia perlu keluar dari dunia yang mayghul, sesak, bermasalah ini sementara, berkaunseling dengan Allah SWT, recharge semula kekuatan, kemudian masuk kembali ke dalam dunia dan mengharungi arus kehidupan. Sebab itu, 5 hari sekali solat kita, siapa yang menghayatinya, maka masalah hidupnya akan mampu dilalui dengan baik.
Allah suruh kita baca Al-Quran, kerana kita perlukan Al-Quran untuk menguatkan iman kita. Di dalam Al-Quran lah adanya aqidah kita. Kita tidak boleh nampak Allah, Rasulullah SAW pula telah wafat, maka Al-Quran sahaja wakil langit yang masih tinggal, Kalam Allah yang takkan berubah.
Allah suruh kita ambil Islam, sebab manusia perlukan satu sistem yang sempurna, lengkap, menyeluruh bagi manusia menjalani kehidupan yang baik. Akal manusia, sebagus mana pun dia mencipta satu sistem, pasti akan ada break down di mana-mana kerana mustahil akal manusia melihat sesuatu itu dengan pandangan yang sempurna kerana ia sendiri tidak sempurna dan ia sendiri ada sesuatu yang tidak dia ketahui.
Nampak?
Lagi kita tengok.
Allah suruh kita jaga hubungan dengan orang lain, sebab kita perlukan kawan, teman untuk mengharungi hidup. Allah tahu, keperluan manusia kepada ‘perkara yang terlihat’, sebab itu Dia menyuruh kita berta’aruf dan membina hubungan yang baik. Kita perlukan kesatuan untuk hidup aman damai.
Begitulah yang lain-lain. Semuanya kerana kita perlu. Manusia perlukan dan Allah tahu manusia memerlukannya, sebab itu Allah suruh manusia buat semua benda yang Dia suruh buat.
Nampak?
Kenapa kena sembah Allah?
Soalan kena ni, paling cepu mas sekali adalah Kenapa Allah kita jadikan tuhan.
Kenapa tak ambil pokok, Kenapa tak ambil batu, Kenapa tak ambil matahari?
Saya ada jawapan yang menyeronokkan.
Sebab Allah itu memang Rabb, Tuhan, Ilah kepada alam ini dan segala isinya.
Sebab hanya Allah sahaja yang mempunyai sistem lengkap, sempurna dan memenuhi kehendak manusia yang sebenarnya, seterusnya memenuhi maslahat alam seluruhnya.
Ada ke tuhan lain dalam dunia ini? Itu satu soalan.
Ada ke sesuatu yang lain(atau kalau benar ada tuhan lain pun) dalam dunia ini mampu memenuhi maslahat kehidupan insan dan alam seperti Allah SWT memenuhinya? Itu satu lagi soalan.
Kesimpulannya, kita sembah Allah SWT, sebab kita memerlukan Rabb, Tuhan, Ilahi seperti-Nya. Tanpa menjadikan Allah SWT sebagai Ilahi, Rabb, Tuhan kita, mengikuti segala arahan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, kita tidak akan mampu menjalani kehidupan ini secara sempurna.
Dan, kalau kita sempurna pun, belum tentu lagi sekeliling kita akan mengalami kesempurnaan.
Kehebatan Allah SWT adalah, Islam itu bukan untuk kepuasan individu sahaja, ia punya kaitan yang sangat banyak dengan semua yang wujud di alam ini. Tahukah Kenapa Islam ajar jaga kebersihan? Kenapa Islam ajar jangan bazir air? Kenapa Islam ajar berakhlak? Kenapa Islam ajar agar jaga masa? Kenapa Islam ajar jangan potong pokok tanpa sebab? Adakah semua itu berkaitan dengan seorang manusia sahaja? Atau semua itu ada kaitan dengan manusia lain dan alam?
Ha… cuba fikir, kaitkan semuanya, dan lihat apa hasilnya. Tidakkah dengan melaksanakan Islam, seluruh dunia akan menjadi baik? Siapa yang aturkan Islam yang serba canggih dan jauh ke hadapan ini?
Allah.
Sebab itu kita sembah Dia. Sebab kita perlukan Dia.
Penutup: Maka bukalah mata, lihatlah keperluan kita
Di sini saya suka mengajak diri saya dan anda sebenarnya, perbaiki niat kita.
Jangan rasa terpaksa. Siapa rasa terpaksa, sebenarnya dia tidak bersangka baik kepada Allah SWT. Antara sifat Allah SWT adalah adil. Allah SWT tidak pernah memungkiri janji-Nya. Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. Tapi, kalau kita lihat, manusialah yang sering menzalimi dirinya sendiri.
Kita lihat ya, kalau kita kena buat sesuatu sebab kita perlu, bukankah yang menyuruh kita buat itu sebenarnya amat mengambil berat, amat menyayangi dan amat mengasihi?
Allah SWT dengan pengetahuan-Nya yang tidak terjangkau oleh sesiapa pun, telah memberikan pilihan kepada kita manusia. Dia dah tunjukkan jalan untuk mencapai kesempurnaan hidup, kepuasan hidup tertinggi. Sebab itu Allah tetapkan peraturan, ada yang kena buat, ada yang kena tinggal. Tapi semuanya adalah kerana kita perlukan.
Lihatlah, duduklah, muhasabahlah. Cuba tengok balik arahan-arahan dan tuntutan-tuntutan Allah. Bukankah semua itu sebenarnya memenuhi fitrah, keperluan kita sebagai manusia?
Maka sistem apakah lagi selain sistem Allah SWT yang memenuhi keperluan kita sebagai manusia? Malah, ajaibnya, apa yang Allah suruh ini tidak sahaja membawa manfaat kepada kita sebagai individu, tetapi juga kepada kita sebagai masyarakat, dan masyarakat sebagai sebahagian daripada alam.
Sebab itulah, Islam itu adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan untuk manusia sahaja.
Bukalah mata, lihatlah.

Sumber: http://www.ukhwah.com

Monday, October 1, 2012

:)

Assalamualaikum...

     We are 2 people. The person inside and the person outside. 
     Sidq (truthfulness) is when they are the same.


APPRECIATING.....

:)

# SOURCE:YASMINMOGAHED

Wednesday, September 5, 2012

That is Loyalty..


When they slept, He was awake. 
When they broke, He held you up. 
When every means failed, He saved you. 
When all the creation left you, He remained. 
He always remains. 
Never forget when the storms pushed you to your knees and there was no one else who could help you, He carried you. 
When you were broken and you swore this time it couldn’t be fixed—never forget who fixed it. 
Never forget what He saved you from.
Never forget how He put you back together.
 That moment when you felt helpless and alone, never forget who never left. 
To forget this is the greatest heedlessness. 
No matter who or what may be beside you now, 
never forget those moments when it was only Him. 
Only Him. 
That is loyalty.

spread..
source:yasminmogahed.

Friday, August 31, 2012

Spoken in a While :)

Assalamualaikum..

Huh!!
hohoohoo..
kepal-kepal tangan, picit-picit kepala...

Hati dah menjerit resah, jiwa kacau..
my Maa pun da membebel lihat anaknya tak keruan..
sekarang baru aku sedar masa tu jalan laju..macam ketapi
menyesal seakan-akan tidak menghargai masa yang ada dengan baik
Rasa seolah-olah tak hargai apa yang dah aku lalui...

HOHOHO#

Wahai masa...maafkan aku..
bukan tak bersyukur
Apatah lagi tidak menghargai..
Mungkin banyak perkara lain yang membantut (alasan semata-mata, MUNGKIN!!)

HOHOHO## 

I want to apologize...

Dear tummy; sorry for all the butterflies...
Dear my smelly pillow; sorry for all the tears...
Dear Mr Ted; Sorry for unreasonable hugs and secrets..
Dear Heart; Sorry for all the Damage...
Dear Brain; you were RIGHT...

....Time flies...


HOHOHO###


a week before come back to campus without complete even half of my intern report. well done huh!!

p/s : I wish Pokemons were real!!!!


Monday, August 27, 2012

Wednesday, August 15, 2012

Counting days

Near 
to the End of  this blessed month of mercy.

we're counting the days

holding hands 
Syawal just around the corner


and I did this card
to my only one
He's my bestfriend that I ever had
He's my man :')
#
#
#



Ye.. 
Ampunkan aku!!!
*
*
*
*


dan aku mengambil kesempatan 
Menyusun sepuluh jari mohon kemaafan
Andai tersilap susun bicara
Mengguris sekeping hati tanpa diduga
Tingkahku membawa duka di jiwa
Sikapku mengundang kecewa
Riakku mengalirkan derita buat kalian
namun percayalah..luaran bukan gambaran untuk segalanya.

Untuk ibu bapa
saudara mara

para guru 

sahabat handai 
dan kenalan
rasanya tidak terlalu awal untuk aku menghulurkan Salam lebaran 1433H


# ye aku tak pandai nak berpantun berpuisi berseloka bagai nak ucap Selamat Hari Raya, namun aku melahirkan sejuta kemaafan dari kalian semua dengan penuh rasa ikhlas dan terbuka sempena menyambut hari dan bulan yang mulia ini..rendahkanlah hati berilah kemaafan untuk insan sekeliling semoga hati tenang dan bahagia menjelang Syawal ini. Setiap denyut nadiku dan relung jiwaku menitipkan doa buat yang telah pergi bertemuNYA. Semoga ingatan tidak luput buat mereka diSANA..
AlFatehan dikirim bersama...
Ameen..

## Ku pohon doanya dari rakan-rakan semoga jodoh kami diketemukan dan dipanjangkan dengan izinNya dan perhubungan kami diberkati.. :) 
InsyaALLAH...

|KEKNA|
1301
.26 RAMADAN 1433H







#Untitled 2#

yang pertama tamanya untuk diri aku
dan anda semua..


Assalamualaikum..
Aku rasa malam ni
 tak boleh lelapkan mata yang penat
Jiwa resah
Gusar
Adakah aku masih ada peluang 
untuk merasa detik-detik terakhir Ramadan tahun ini
menyambut hari kemenangan bersama keluarga tersayang
adakan esok aku masih bernafas
merasa damainya bumi tuhan
Masihkah ada Ramadan buatku 
atau ini Ramadan terakhirku
sungguh aku kecewa



doaku pada tuhan
panjangkan usiaku
semoga aku bertemu Ramadan lagi
sungguh aku seorang yang alpa
tidak bersungguh dalam mencari redhaNYA
Walau aku telah mencuba, namun aku tetap terleka
hampir tiga puluh hari bulan penuh barakah ini berlalu
aku tahu aku tidak bersungguh
namun masa tidak dapat diputar lagi
hanya boleh dikenang jadikan pengajaran
aku manusia leka
hamba yang lemah

YA ALLAH
kuatkan aku untuk meniti hari-hari terakhir di bulan mulia ini
runtunkan jiwaku agar dekat padaMU
Berilah hidayah dan petunjukMU

 Lantas aku buka kata-kata nasihat

 Don’t let this Ramadan be just a holiday of rituals. 
Don’t finish reading the Quran without it transforming you.
 Don’t feed your body at suhoor, but starve your heart of Qiyam. 
Don’t reduce this downpour of mercy to just a month of sweets and lavish iftars. 
Seek Him, you will find. 
Take a sincere step towards change, transformation, redemption. 
If you do, you will find Him in front of you. 
Find Him this month. 
He’s been there all along.
 Closer than your jugular vein

 Look and you’ll find. Walk and you’ll arrive.

ye..aku masih ada masa
ayuh sahabat
kita masih ada masa
masih diberi peluang untuk mencari tuhan
ayuh berjalan tanpa henti
kerana masa yang ada hanya sedetik
bersama berpimpin tangan
aku, dia dan kamu
bersama mencari TUHAN

syukur kita tersedar walau terlewat
  Terima Kasih ALLAH



Saturday, August 11, 2012

Mereka..



Assalamualaikum..

Salam ramadhan al Mubarak aku sebarkan ke segenap penjuru dunia..
Semoga keberkatan dan kedamaian ramadhan dapat dirasai di setiap detak jantung manusia..

Terutamanya...

MEREKA#MEReKA#DAN#MERAKA....

Sungguh, Ramadhan kali ini aku tidak putus berdoa untuk ibu bapaku, guru-guru, kaum keluarga,sahabat handai, muslimin muslimat agar di beri kerahmatan dan keberkatan di bulan yang berkat ini..

Dan yang paling aku tidak lupa..doaku buat mereka yang aku anggap sahabat..
ye..memang mereka sahabat baik aku..mereka adalah sahabat ku dunia akhirat...
walau mereka tidak menganggap aku sahabat mahupun kawan, apatah lagi kawan rapat....

Walau ada juga yang menganggap aku adalah musuhnya...namun mereka adalah manusia yang di wujudkan oleh ALLAH untuk hadir dalam hidupku..memenuhi segenap ruang cerita hidupku...
agar hidup aku beralun indah dengan kehadiran seorang sahabat...
walau kadangkala ia mencorakkan warna resah di jiwa..
namun, itulah kehidupan yang ALLAH aturkan untuk aku...

Ya..aku akui.bukan susah untuk memaafkan..
memaafkan juga tidak bermakna melupakan..
kemaafan mampu diberi dan rasa amarah mampu diusir..
namun palitan kenangan yang dilakar SUKAR dipadam..

Bukan seperti memadam perkataan yang salah
Ia ibarat memadam parut di badan
Mengambil masa yang lama untuk hilang..

Namun, berdoalah....
sesungguhnya doa mampu membantu untuk melupakan
Memadam api kemarahan
Menyejukkan hati menghulurkan kemaafan
Walau kemaafan itu tidak diminta dari “pesalah”..
namun, hulurkan kemaafan..perbanyakkan doa...

Ye doa adalah segalanya..pada ALLAH kita meminta...insyaALLAH DIA memberi..
Sungguh kita tidak rugi
Andai ketenangan hati diperolehi...

   “ berdoalah kamu kepada ALLAH dalam keadaan yakin doa itu diperkenankan
Dan ketahuilah sesungguhnya ALLAH tidak memperkenankandoa dari hati yang lalai dan sibuk dengan hal lain”
Riwayat Tarmizi dan Al Hakim..


Waallahualam
Amen....

kakena..
22 Ramadhan..

Saturday, July 14, 2012

Love Letter kaler PINK... :)

Assalamualaikum....

hari ni aku tak kisah update dua post pun..
x kisah org nak cakap aku tamak pun...
sebab hati berkobar-kobar nak bagitaw...

geramnakbebelbebel...

geram giler bila keluar dari kedai....
lewat seminit je datang...
nampak kertas nipis recycle kaler pink..
oh!!!
kereta aku....
macam tak percaya kena saman!!!!

*buatbuatgelengkepalatampartamparpipi*

GERAMNYA....
padahal aku da set masa parking tu..
lewat seminit jer..
rugi x lari laju sekencang boboboi...
terbang macam MeiMei..

tapi x guna nak menyesal sebab perkara da jadi..
di sebabkan marah dengan attenden parking tu..
aku serahkan surat cinta kaler pink yang di selit dekat wiper tepi road tax tu kat abah aku..

HAHAHA..
Berlagak jadi hero pun dia bagi kat kawan dia jugak...
kerja dengan majlis daerah
so, aku punyer kompoun x payah bayar...
ngeeee..=)

Peace..
time kasih pak cik kawan abah...
dan kirim salam untuk kawan pak cik yang baik hati..
bagi surat cinta kaler pink untuk saya....
:)

SAT...

BERSYUKUR...

walau aku di timpa masalah
namun masih ada insan yang dihujani masalah
di banjiri kegusaran
ALLAH menguji orang yang terpilih dan mampu untuk menanggung beban masalah...

ALHAMDULILLAH..
TERIMA KASIH ALLAH

Moga kita lebih kuat untuk menghadapi segalanya.

        "every little things gonna be alright"

If ALLAH answers your prayers,
He is increasing your faith
If He doesn't
He is training your patience.....

ienna|nordin
140712/1111
pangkin belakang rumah...


Tuesday, July 10, 2012

Dia..wondergirl..

salam..
malam ni aku rasa macam nak cerita pasal seseorang..
seseorang yang aku gelar sebagai kuat..

kenape?
sebab dia memang kuat..

kuat hadapi segala masalah..
tabah hadapi segala dugaan..
ceria berdepan dengan musuhnya..kawan tikam belakang..
dia hebat..hebat menguruskan kehidupannya..
hebat melayari perjalanan hidupnya yang penuh dugaan..


dia..
seorang yang selalu menggembirakan orang sekeliling..
membahagiakan orang yang dia sayang..
mengalah untuk mengelak sengketa...

dia juga tempat untuk kawan dan temannya mengadu..
sumber penyelesaian masalah..

mungkin juga namanya bermaksud penawar..
jadi dia tegar menenangkan kawan-kawannya...


dialah wondergirl..
temanku yang tak takut pada cabaran...tegar melakukan apa sahaja..

dia yang tidak menghadkan dirinya untuk pelbagai kerja..
melakukan segalanya..penampilan dirinya tidak menghadkan penglibatanya dalam semua perkara..
ye..dia memang aktif...

namun, aku tahu..
dia juga banyak masalah..

selalu pura-pura gembira..
dia seorang yang redha dengan segalanya..

sentiasa berusaha memperbaiki diri..

sungguh. aku rindu mendegar ceritanya..
rindu berbual tentang perjalanan seharian kami sebelum tidur..
bercerita tentang kisah orang di sekeliling kami..

aku rindu untuk mendengar dia bercerita..tentang masalah yang selalu kami kongsi bersama...
aku juga tahu..
dia rindu untuk mendegar rengekan aku...
mengadu ketidakpuasan di hati..
memujuk ku untuk bersabar...

ye...dia sangat memahami aku..
dan aku tahu, tidak semua memahami dirinya...
 ye...dialah wondergirl aku...
kawan yang datang semasa jiwa resah..
saat diri dipersisihkan tanpa sebab...
dialah kawanku..
kawan yang sangat memahami..

love u kawan...

dialah kawan saya dunia akhirat....;)

Friday, June 29, 2012

Hoonnneyy Moonnn....


I'm tired..


tired...tired...tired...tired...tired...tired...tired...tired...



why?


  extra sleep...:|

STUCK IN MY ROOM..
HUHUHU..=.='


Tuesday, June 19, 2012

Snooze...=.='


best kan cuti..
hehehehe...
tak payah nak fikir apa-apa..

bangun...makan..jalan-jalan..tidow...(pastu ulang lagi..=p)

tapi...
maa aku cakap take elok macam tu...
ye k??


               Mom: 
              "You do nothing all day..."
                

                                Me:
            I convert oxygen to carbon dioxide..

I regenerate cells

I transmit nerve signals to my brain

I digest food

How is that nothing...
       hahahaha..=)


I just like...emmmmm..
bole tak macam tu..
tak payah pergi campus lagi..hahahaha...
memang bagus hidup tak payah pikir masalah kan?=p
pepun jangan lupa ..


   ~ ALLAH gives us countless chances...every single day..~


## so, grab it and take for granted that can bring us to the right way...


   InsyaALLAH..till JANNAH..




Wednesday, June 13, 2012

#2: Housewife.. :)

memang online..tapi tak der nawaitu pun nak membebel kat sini...

Sekarang tengah google...cari-cari resepi la kononya..
searching......
~resepi sup ayam!!!~   =.='



lepas habis internship aku terus dapat kerja part time kat rumah sendiri..kena jadi suri rumah sepenuh masa sebab my parents x der..penat jugak nak jaga 3 orang adik even da besar.. benda-benda rutin lain macam nak basuh pakaian, kemas rumah aku x kisah sangat tapi bab memasak ni yang buat aku lemah..

lemah sebab..

penat nak fikir, hari ni nak masak apa...
hari ni lauk apa yang ada...
bahan-bahan apa yang ada..perencah apa yang ada...
rasa??
mcmna cara??
tumis, masuk air dulu,rebus dan etc!!!

total semuanya..memang susah nak jadi tukang masak macam my mum selalu buat..
belum masuk lagi part-part masakan yang susah-susah..
alamatnya seminggu ni comfirm-comfirm la x der gulai-menggulai kari mengkari bagai...

sekarang pun tengah google resepi nak masak untuk esop....
kalo google esok komfirm kantoi depan junior2...sekarang diorang tengah respect ni...

...bangga...kembang hidung..(berlagak!!)

kalo bakal mertua taw..
urmmm..
alamatnya lambat lagi la kawin...tak lulus ujian!!
naseb la kalo menantu kesayangan kan. :)

#peeps...ada suggestion tak??da habis idea da nak masak ape..=.=' 


Tuesday, June 12, 2012

~ coming home....

da jumpa jalan pulang..balik ke blog yang di tinggalkan...
sebab aku sesat tapi malu nak tanya jalan pulang....

hahaha..ntah pape kan...=)


Assalamualaikum...

Kekokgilertatawmacamanerakunaktulisentrykali ni...
da 4 bulan aku menganak tirikan latop, internet dan blog ntah pape aku ni...bukak fb pun cek-cek mana yang penting jer...rasa ala-ala merdeka tataw mcmna nak explain sebab internship aku pun da habis...so, masa nak berjimba da sampai..lupakan dulu report yang belum siap...clearkan kepala dari nak fikir tajuk ape yg nak buat tuk final project...buat-buat tataw dulu...=)


panjang giler membebel ntah pape kat atas... So, ,aku mulakan episod berjimba ni dengan scene 1..
so, sekarang musim nak berbaik baik balik dengan latop n tenet aku yang tak ubah macam siput patah kaki berjalan ni...(wonder if siput ada kaki k x?_.._)

Malam ni aku rasa banyak giler benda nak buat...banyak benda dalam kepala nak bebel-bebel..macam-macam cerita aku simpan sepanjang 4 bulan berapa hari ntah...
macam-macam ragam manusia yang aku jumpa yang boleh buat aku menilai sikap dan perangai setiap manusia yang aku jumpa...
selama itu jugak, aku jadi seorang observer yang berjaya...hahaha..gelak sakan..
meneksperimentasi keadaan sekeliling dan sikap manusia...how to handle situation and solve the problems....
learn and think the outcome from the action taken....nilai positive negative baik buruk kesan dari sesuatu tindakan.....

Adakah semua ni petanda aku da besar atau pengaruh orang dan suasana di sekeliling??
I mean besar macam orang dewasa...
Oh...aku da dewasa...bukan lagi 19!!!

**patut la dapat banyak jemputan dari kawan2 yg kawen...bukan mereka kawen awal tapi kami da dewasa...
oh..jangan sedarkan aku......=.=’

#aku da berazam nak tulis cerita hari-hari sebab ada orang rindu nak dengar aku membebel kat sini#
poyo tak?? (jawab dalam hati jer..hahhaha..)

coming soon...
#scene 2 :part  time house wife#