Wednesday, November 23, 2011

perhentian.

saat ini mata masih terbuntang..
tidak seperti semalam dan malam-malam sebelumnya.
aku pun tak tau knape.
yang pasti
banyak benda yang buat aku stress


.itu..ini..ini..itu..


akhirnya aku mengeluh..
tak tahu apa yang aku runsingkan..
tak pasti apa yang aku keluhkan..
semua tak menjadi semenjak dua menjak ni..


keluh mengeluh
kejar mengejar masa
aku tak tahu apa nak jadi dengan hidup aku
memang tak terurus
mungkin mahukan perhentian
ibarat cerita ditekan butang pause.
jiwa perlukan rehat
tak aku pasti apa yang meletihkan aku
apa yang melemaskan aku
yang pasti aku tidak selesa
perlukan satu perhentian


mungkin dekatkan diri dengan tuhan.
atau perlu lebih mengadaptasi lagi diri.


berpegang pada kata
"learn to pray not because you need something
 but because you ought to thank HIM about everything."
mungkin muhasabah diri
penyelesaian terbaik
sungguh
aku berdosa kerana kerap mengeluh


tolong dari hujan
di malam dingin berembun
sirami diri aku
dengan air rahmat dari MU
agar esok mulakan semangat baru.
bawakan kesah jiwaku bersama hujan di tengkujuh.